Things that might spice up your life... Don't Worry, Be Happy

Google
 

Monday, May 6, 2013

Keputusan Rasmi Pilihanraya Umum Ke-13

Hari yang dinantikan selepas 5 tahun, akhirnya tiba...
Syukurlah kerana segalanya berjalan lancar, sejak penamaan calon, hari berkempen, hinggalah hari mengundi dan pengiraan undi.
Rakyat telah pun memilih pemimpin-pemimpin mereka. Maka perlulah kita akur.
Berikut keputusan rasmi dari SPR:



TAHNIAH BARISAN NASIONAL Kerana Berjaya Membentuk Kerajaan Persekutuan.

Keputusan muktamad Parlimen: BN 133, Pakatan 89.
(Menang Majoriti Mudah, melebihi 112)

Kesemua 3 negeri yang dipertahankan Pakatan - Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan - mendapat majoriti 2/3.

Kerusi dirampas Pakatan
1) Stampin (DAP)
2) Sarikei (DAP)
3) Lanang (DAP)
4) Kluang (DAP)
5) Kampar (DAP)
6) Miri (PKR)
7) Lumut (PKR)
8 Gelang Patah (DAP)
9) Sandakan (DAP)
10) Sibu (DAP, kalah pada 2008, tetapi menang dalam pilihan raya kecil 2010)
11) Tuaran (PKR)
12) Penampang (PKR)
13) Bukit Katil (PKR)
14) Temerloh (PAS)
15) Alor Setar (PKR)
16) Pandan (PKR)
17) Kuala Terengganu (PAS)
18) Dungun (PAS)
19) Batu Pahat (PKR)
20) Kuala Nerus (PAS)
21) Sepang (PAS)


Kerusi dirampas BN
1) Titiwangsa (PAS)
2) Kuala Selangor (PAS)
3) Pendang (PAS)
4) Balik Pulau (PKR)
5) Bagan Serai (PKR)
6) Kulim-Bandar Baru (PKR)
7) Hulu Selangor (PKR, menang pada 2008 tetapi tewas dalam pilihan raya kecil 2010)
8) Padang Terap (PAS)
9) Jerai (PAS)
10) Sik (PAS)
11) Merbok (PKR)
12) Baling (PAS)
13) Machang (PKR)
14) Ketereh (PKR)
15) Tanah Merah (PKR)

Semoga wakil2 dewan rakyat dan dewan undangan negeri dapat bekerja untuk rakyat dan sekaligus dapat memakmurkan negara Malaysia Tercinta ini...

Tuesday, June 26, 2012

Malaysian Old Coins: 50 sen 1967 & 1968 Berbelah Tepi (Security Edge)

Malaysian Old Coins: 50 sen 1967 & 1968 Berbelah Tepi (Security Edge)

50 sen berbelah tepi 1967

50 sen berbelah tepi 1968

1967 (3 keping) & 1968 (3 keping)

Sekarang ni, rasa seronok untuk simpan duit syiling lama pulak... Especially yang 'rare' dan susah nak dapat sekarang ni. Harga sekarang? Rasa-rasanya berapa...?
Sesiapa yang dapat tawarkan dengan harga yang sesuai, mungkin saya akan lepaskan...

Saturday, March 31, 2012

TITANIC (the most memorable movie) is coming back in 3D

The "Titanic" was released at the end of 1997, when I was still single and crazily in love with someone known as Rose (now still married to her.. always love you, dear).

Soon in April 2012, after more than 14 years, "Titanic" will be coming back in 3D!!!

I can't wait to watch "Titanic" again with my loved ones, including my 2 princesses.


Just want to share photos of Rose & Jack (Now & Then):




Wow!! They are still looking good, huh!!
Same As Us.... :)


Thursday, March 29, 2012

Proton Prevè


Proton Prevè (code designation P3-21A) will be another sedan prepared by Proton, after Inspira, and will soon be in the market.

Proton Prevè is 4543 mm long, 1786 mm width and, 1524 mm high, while the wheelbase is 2650 mm and the boot capacity is 506 liters.

As the engine is concerned, the offer will be 1.6 liter petrol engine with 80 kW/109KS and 150 Nm, and 1.6 liter gasoline turbo with 103 kW/140KS and 205 Nm.

The transmission will be available five-manual, seven-speed CVT transmission and transmission Protronic.

Depending on the engine and gearbox, Proton Preve will reach from 170 to 190 km/h and acceleration from 0 to 100 km/h takes 9.6 seconds to 12.5.

For price and specs comparison:




Seems that Proton Prevè could compete its rivals of the same class.
With the specs and add-on, seems worth it to own this Proton Prevè.


Don't you think? :)

Tuesday, December 13, 2011

Full Lunar Eclipse in Malaysia (10 Dec 2011)

Firstly, I am so happy that I was able to shoot the stages of the Full Lunar Eclipse in Malaysia.
This was the 2nd one for the year of 2011 (the 1st one occured on 16th June 2011).
When it happened on 16th June, it was too late at night (01:00am) and it was too cloudy.

But this time, I managed to shot this marvellous phenomenon and combined the shots to see the phases of it.



Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar... (Allah Is Great) !!!!

Wednesday, November 9, 2011

Tips Menyimpan Bahan Makanan Dalam Peti Sejuk

Bagi kawan2 yang agak2 was-was/pening2 lalat atau apa2 pening sekalipun/(diri sendiri terutamanya kadang mengabaikannya) bagaimanakah cara terbaik menjaga makanan yang disimpan dalam peti sejuk... jom ikuti panduan di bawah:

1. Kapasiti
Jangan isi peti ais terlalu penuh sehingga mengganggu aliran udara di dalamnya. Jika telalu penuh, peti ais tidak akan dingin secara optimum. Secara ideanya isikan sebanyak 85 peratus sahaja dan 15 peratus lagi untuk pengaliran udara.


2. Makanan Kering
Tidak perlu menyimpan makanan kering dalam peti ais. Ikan masin dan keropok umpamanya, cukup sekadar disimpan dalam bekas tertutup, diletakkan di tempat yang kering dalam suhu bilik.

3. Daging
Daging boleh tahan selama sebulan jika disimpan dalam peti ais. Potong daging, masukkan dalam bekas plastik dalam jumlah yang memadai untuk sekali masak, ikat rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Ini memudahkan anda ketika memasak, hanya ambil yang berkenaan, cairkan kembali dan terus memasak. Jika anda simpan dalam jumlah besar sekali gus, katakan dua kilogram tetapi anda hanya perlukan setengah kilogram, untuk dimasak, anda perlu mengeluarkan semuanya sekali dan menunggu ia cair dahulu, sebelum menyimpan bakinya. Proses ini boleh menyebabkan daging tercemar dan mengurangkan gizinya. Ini kerana ketika mencairkannya, zat mungkin dicairkan sekali bersama ais.

4. Ikan
Sebelum disimpan, ikan harus dibersihkan, buang insang, isi perut dan sisik. Kemudian bungkus rapat-rapat dan simpan dalam ruang dingin beku. Udang biasanya akan mempunyai bercak-cak hitam jika terlalu lama disimpan dalam ruang dingin beku.

5. Sayur-sayuran
Ruang sayur-sayuran biasanya terletak bahagian paling bawah. Sayur-sayuran mempunyai sifat yang cepat layu. Kalau ingin lebih segar, sayur-sayuran boleh dibungkus rapat dalam plastik. Jangan simpan sayur di ruang dingin, seperti chiller di bawah ruang dingin beku. Ia akan menyebabkan dinding sel-sel pecah kerana ia tidak dapat menahan cairan.


6. Makanan
Ada makanan yang harus disimpan dalam bekas bertutup rapat untuk mengelakkan berbau. Susu misalnya antara makanan yang mudah tercemar. Makanan dalam tin yang sudah dibuka boleh dipindahkan ke dalam gelas atau bekas melamin, ditutup rapat kemudian disimpan dalam peti ais. jangan disimpan dalam tinnya kerana ia boleh mengakibatkan pengoksidaan. Makanan yang dibolehkan adalah buah-buahan dalam tin.

7. Sos dan kicap
Botol sos dan kicap yang sudah dibuka lebih baik disimpan dalam peti ais. Namun pastikan botolnya bertutup rapat.

8. Sisa Roti
Roti tawar tidak tahan lama jika disimpan dalam suhu bilik, apatah lagi pada musim hujan yang lembap. Bungkus rapat-rapat dengan plastik, simpan dalam peti ais. Jika hendak dimakan, anda boleh mengukusnya selama satu minit dengan mendidihkan air terlebih dahulu. Jika terlalu lama, roti akan lembik terkena wap air.


9. Kebersihan
Bersihkan peti ais sekali dalam sebulan. Defrostkan supaya ais dalam ruang dingin beku dan chiller mencair. Matikan aliran elektrik. Lap seluruh dinding dengan air suam-suam kuku yang dicampurkan sedikit soda untuk menghilangkan bau. Keluarkan semua rak, cuci dengan sabun, bilas, keringkan dengan baik sebelum dipasangkan semula. Periksa secara berkala bekas takungan air di bahagian belakang atau bawah peti asi. Jika penuh, segera kosongkan supaya tidak menjadi tempat nyamuk membiak.




Rujukan: http://www.esempoi.com/artikel/tips-kehidupan/tip-menyimpan-makanan-dalam-peti-ais/

Auction Ads